Sumbangan dalam bidang pendidikan Syeikh Muhammad Abduh

Idea-idea yang dibawa oleh Syeikh Muhammad Abduh telah mengubah pandangan umat Islam terhadap Islam yang sering terikut-ikut dengan sebahagian sarjana Muslim yang jumud dan pasif. Syeikh Muhammad Abduh berjaya memberi gambaran yang jelas tentang keperluan umat Islam kepada Islah, khususnya dalam bidang pendidikan. Idea Islah Syeikh Muhammad Abduh dalam bidang pendidikan, khususnya di Universiti al-Azhar telah memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan ilmu pengetahuan umat Islam. Antara idea tersebut ialah:

  • mewujudkan mata pelajaran matematik, geometri, algebra, geografi, sejarah dan seni khat;
  • mewujudkan piawaian dalam penganugerahan sijil;
  • mewujudkan farmasi khusus untuk pelajar Universiti al-Azhar;
  • menyediakan peruntukan gaji guru dari perbendaharaan negara dan waqaf negara;
  • memperbaiki asrama pelajar dengan menekankan aspek-aspek keselamatan dan kesihatan.

Syeikh Muhammad Abduh Juga meninggalkan beberapa karya yang bermutu dan menjadi sumber rujukan utama dalam dunia Islam seperti:

  • Riasalah at-Tauhid
  • Tafsir Juz' 'Amma
  • Tafsir Surah al-'Asr
  • Risalah ar-Raddi 'ala ad-Dahriyyin yang merupakan terjemahan karya Sayid Jamaluddin al-Afghani
  • Syarh Nahji al-Balaghah
  • Syarh Maqamat al-Badi'
  • at-Tahrir fi Islah al-Mahakim as-Syar'iyyah
  • al-Islam wa ar-Raddu 'ala Muntaqidih
  • al-Islam wa an-Nasraniyyah ma'a al-'ilmi wa al-Madaniyah